Dari saat anda meninggalkan rumah hingga anda pulang dengan selamat, kami telah merancang setiap aspek perjalanan anda dengan teliti. Kami menyediakan aturcara umrah yang lengkap termasuk pengurusan visa, pengangkutan di Tanah Suci, makanan halal dan nutrisi yang seimbang, serta aktiviti rohani yang akan memperkaya pengalaman anda. Bersama Nun Travel and Tours, anda hanya perlu fokus pada ibadah dan penghayatan rohani.

DAFTAR TEMPAHAN SEKARANG
Lengkapkan maklumat di bawah, pihak kami akan hubungi anda untuk makluman lanjut.
- Pelanggan perlu menghubungi NUN TRAVEL & TOURS SDN BHD untuk memastikan sekiranya masih ada kekosongan pada tarikh yang dipilih serta mendapat maklumat lengkap mengenai pakej tersebut.
- Semasa berdaftar, pelanggan perlu menetapkan jenis bilik yang dikehendaki (Quad/Triple/Double) bergantung kepada ketersediaan pakej yang dipilih. Sekiranya menempah bilik berempat (Quad), pelanggan mesti mendatangkan empat orang atau menunggu pelanggan lain untuk menumpang sekiranya ada. Sekiranya tidak, pelanggan akan dicaj mengikut kekosongan jenis bilik yang sedia ada.
- Setiap tempahan perlu disertakan dengan wang deposit sebanyak RM1,000 seorang termasuk kos visa (sekiranya ada). Bayaran penuh perlu dijelaskan selewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan bagi mengelakkan pembatalan tiket.
- Pembayaran boleh dibuat menggunakan wang tunai/perbankan atas talian/cek/draft bank di atas nama NUN TRAVEL & TOURS SDN BHD melalui no. akaun Bank RHB ISLAMIC BANK BERHAD : 21306160038059.
- Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran hendaklah diserahkan kepada pihak syarikat.
- Aturcara perjalanan yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan SOP dari negara lawatan dari masa ke semasa.
- Pihak pengurusan syarikat berhak untuk menolak, mengubah, meminda, memadam atau menambah terma & syarat yang dinyatakan untuk menarik balik promosi pada bila bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
- Pihak syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung kerugian apa-apa perbelanjaan atau bayaran balik pakej yang dilanggan sekiranya pelanggan tidak dibenarkan keluar dan masuk negara oleh pihak imigresen kerana melanggari undang-undang Malaysia atau negara lawatan.
- Harga yang ditunjukkan adalah harga pada masa penerbitan. Harga tertakluk kepada perubahan yang disebabkan oleh kenaikan pada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos hotel, kadar pertukaran matawang asing, cukai kerajaan negara lawatan dan Malaysia. Pihak syarikat berhak menaikkan harga pakej berdasarkan kenaikan harga kos semasa melalui notis makluman.
- Sekiranya terdapat perubahan tarikh dan masa oleh syarikat penerbangan atau perubahan situasi semasa keadaan di negara lawatan yang memerlukan kepada tambahan penginapan, pengangkutan dan jadual program. Pengiraan alternatif kos tambahan akan dilaksanakan dan pihak syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas kos tersebut.
Perlukan Bantuan?
“NUN TRAVEL SENTIASA MENANTI ANDA”
WhatsApp kami untuk sebarang pertanyaan berkaitan pakej yang ditawarkan.
Kami juga akan berikan jadual perjalanan yang lengkap dan cara pembayaran terus kepada anda.
Kami juga akan berikan jadual perjalanan yang lengkap dan cara pembayaran terus kepada anda.


