PAKEJ SALAM PANTAI TIMUR - TERENGGANU

Eksplorasi negeri pantai timur Terengganu yang terkenal dengan pantai yang cantik dan tempat makanan yang sedap

Pakej percutian ke Pantai Timur Terengganu menawarkan pengalaman yang memukau bagi pencinta pantai dan budaya tempatan. Di sini, pelancong boleh menikmati keindahan pantai-pantai yang bersih dan pasir yang putih seperti Pantai Batu Buruk dan Pantai Penarik. Aktiviti seperti snorkeling dan menyelam di Pulau Redang dan Pulau Perhentian menawarkan pemandangan bawah laut yang menakjubkan dengan terumbu karang yang berwarna-warni dan hidupan laut yang pelbagai.

Selain itu, Terengganu terkenal dengan warisan budayanya yang kaya. Pelancong boleh melawat Kampung Losong untuk melihat proses pembuatan keropok lekor yang terkenal atau ke Kampung Pulau Duyung untuk menyaksikan pembuatan bot tradisional. Muzium Negeri Terengganu dan Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam juga merupakan destinasi yang menarik, memberikan pelancong peluang untuk memahami sejarah dan budaya tempatan dengan lebih mendalam.

Tidak ketinggalan, makanan tradisional Terengganu adalah satu lagi tarikan utama. Pelancong boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan yang lazat seperti nasi dagang, laksa Terengganu, dan satar. Pasar Payang adalah tempat yang sesuai untuk merasai makanan-makanan ini serta membeli cenderamata seperti batik dan songket. Pakej percutian ke Pantai Timur Terengganu menawarkan gabungan sempurna antara keindahan semula jadi, budaya yang kaya, dan kulinari yang menggugah selera.

Harga Musim Biasa
Terma Harga Nota
KANAK-KANAK TANPA KATIL (2-5 TAHUN)
DISKAUN RM550
PER PAX
KANAK-KANAK DENGAN KATIL (6-11 TAHUN)
DISKAUN RM250
PER PAX
BAYI BAWAH 2 TAHUN
RM2,000
PER PAX
Jenis Bilik Harga
DORMITORI
RM325
BEREMPAT
RM340
BERTIGA
RM385
BERDUA
RM440

TARIKH & HARI

ATURCARA

AKOMODASI & HIDANGAN

 

 

Hari 1

 

Peserta berkumpul di stesyen yang ditetapkan pada jam 10.00 malam untuk menaiki bas/ Van menuju ke Kuala Terengganu.

 

 

Bermalam Dalam Bas / Van

 

 

 

 

 

 

 

Hari 2

 

Tiba di R&R Ajil / Hentian Rahmat,Setiu untuk Urus Diri dan Solat Subuh. Meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu dan bersarapan Nasi Dagang di Warung Che Wan Kampung Padang Air,Kuala Nerus.

Melawat Kota Lama Duyong dan membeli belah di Pasar Payang. Seterusnya menyusuri Sungai Terengganu dengan Payang Water Taxi dan berakhir di Masjid Seberang Takir. Selepas Solat, menuju berhampiran Bulatan Batu Bersurat untuk bergambar sebelum ke Jambatan Angkat (Drawbridge).

Menjelang senja, ke Pantai Pengkalan Maras untuk menikmati  Ikan Celup Tepung dan  keindahan Laut Cina Selatan.

Di hantar ke tempat penginapan untuk bermalam.

 

 

 

 

 

 

 

1 Malam Penginapan

Sarapan Pagi

 

 

 

 

Hari 3

 

Check Out dan sarapan pagi. Seterusnya melawat Kilang Batik di NACC, Chendering. Bertolak ke Kampung Losong untuk membeli Keropok sebelum ke Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam dan Perkampungan Budaya/ Muzium Negeri di Kompleks Muzeum Losong. Beli Kueh Tradisional Terengganu di Pasar batu Enam,Kuala Nerus.

Selepas makan tengahari, berlepas pulang .

 

 

 

 

 

Sarapan Pagi

Makan Tengahari

 

 

  1. Perjalanan pergi balik dengan Bas atau Van berhawa dingin Sewa Khas dari Stesyen perlepasan yang ditetapkan.
  2. 2 kali Sarapan Pagi dan 1 kali Makan Tengahari.
  3. Pemandu Pelancong Berlesen dan berpengalaman.
  4. Bot menyusuri Muara Sungai Terengganu.
  5. Hidangan makanan Ala Carte sebagaimana yang disebut dalam aturcara.
  6. Destasi lawatan sebagaimana dalam aturcara.
  7. Penginapan di Hotel,Roomstay atau Hotel kelas ekonomi.
  8. Tiket masuk ke tempat lawatan.
  9. Harga untuk perjalanan berkumpulan dengan bas minimum 30 peserta dan perjalanan van minimum 8 peserta.
  10. Destinasi tertakluk kepada perubahan semasa.
  • Nasi Dagang
  • Kota Lama Duyong
  • Pasar Payang
  • Payang Water Taxi
  • Masjid Seberang Takir
  • Bulatan Batu Bersurat
  • Jambatan Angkat Kuala Terengganu
  • Ikan Celup Tepung
  • NorArfa Craft Centre (NACC)
  • Membeli Keropok di Kampung Losong
  • Masjid Kristal
  • Kampung Budaya Muzium Negeri Terengganu.
  • Kueh Tradisional Terengganu di Pasar Batu Enam.
  1. Deposit yang perlu dibayar ketika berdaftar ialah RM150 seorang termasuk kos visa (sekiranya ada). Bayaran hendaklah dibuat terus kepada pejabat, sama ada secara tunai, cek, draf bank, atau pindahan wang terus ke akaun RHB ISLAMIC BANK BERHAD syarikat iaitu 2130 6160 0380 59 (NUN TRAVEL & TOURS SDN BHD.)
  2. Slip pembayaran hendaklah diserahkan kepada syarikat dan pelanggan perlu mendapatkan resit pembayaran daripada wakil syarikat. Bayaran penuh perlu dijelaskan dalam tempoh 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
  1. Pelanggan dinasihatkan untuk membuat langganan insurans perjalanan sendiri atau bertanya dengan perunding kami berkaitan insurans. Jika insurans telah dilanggan sendiri oleh pelanggan, sila rujuk polisi insurans oleh syarikat insurans tersebut untuk ketahui perincian perlindungan.
  2. Kos hospital dan kuarantin sekiranya diperlukan ketika di tempat lawatan perlu ditanggung oleh pelanggan.

DARI

LALUAN

KENDERAAN

KOD

BERLEPAS

BALIK

TEMPOH

SELATAN

(Johor,Melaka&Negeri Sembilan)

Bandar Muazzam dan LPT2

BAS / VAN

TGGS

10.00pm

15.00pm

48 Jam

UTARA

(Perlis,Kedah&Perak Utara

Lebuhraya Timur Barat

BAS / VAN

TGGSU

10.00pm

15.00pm

48Jam

BARAT

Kuala Lumpur & Perak Selatan.

Lebuhraya Karak ,LPT & LPT2

BAS / VAN

TGGSB

10.00pm

15.00pm

48Jam

 

DAFTAR TEMPAHAN SEKARANG

Lengkapkan maklumat di bawah, pihak kami akan hubungi anda untuk makluman lanjut.

Pilih kuantiti : 0 orang
Pilih kuantiti : 0 orang
Pilih kuantiti : 0 orang

Perlukan Bantuan?

“NUN TRAVEL SENTIASA MENANTI ANDA”

WhatsApp kami untuk sebarang pertanyaan berkaitan pakej yang ditawarkan.
Kami juga akan berikan jadual perjalanan yang lengkap dan cara pembayaran terus kepada anda.

Alamat

NUN TRAVEL & TOURS SDN BHD
NO. 41092 (2A), PERKEDAIAN TEPOH, JALAN KELANTAN-TERENGGANU,
KUALA NERUS, TERENGGANU, 21060

MOTAC : KPL.11402
SSM : 1423701-V

Ikuti Kami Di Sosial Media

Scroll to Top