Terokai keindahan pulau Semporna, Sabah. Nikmati pemandangan terindah dengan kejernihan air laut, bukit bukau yang memukau!
Pakej percutian ke Pulau Semporna, Sabah menawarkan pengalaman luar biasa bagi pencinta pantai dan penggemar aktiviti laut. Pulau ini terkenal dengan keindahan pantainya yang menakjubkan seperti Pulau Sipadan, Pulau Mabul, dan Pulau Kapalai. Aktiviti menyelam dan snorkeling di sini adalah satu kemestian, dengan terumbu karang yang menakjubkan dan kepelbagaian hidupan laut termasuk penyu, ikan tropika, dan terumbu karang berwarna-warni yang memukau.
Selain aktiviti air, pelancong juga boleh menikmati pemandangan semula jadi yang indah di sekitar pulau. Pelancongan ke Taman Marin Tun Sakaran memberikan peluang untuk menyaksikan ekosistem laut yang kaya dan mempelajari usaha pemeliharaan hidupan laut tempatan. Di daratan, pelancong boleh menikmati suasana kampung nelayan tradisional dan berinteraksi dengan komuniti tempatan untuk memahami budaya dan gaya hidup mereka.
Pakej percutian ini juga menawarkan peluang untuk mencuba makanan laut segar yang terkenal di Semporna. Pelancong boleh menikmati hidangan seperti udang galah, ketam, dan pelbagai jenis ikan yang disediakan dengan cara tradisional. Pasar ikan tempatan adalah tempat yang sempurna untuk merasai makanan laut segar dan berinteraksi dengan penduduk setempat. Secara keseluruhannya, pakej percutian ke Pulau Semporna, Sabah, menjanjikan gabungan yang sempurna antara keindahan alam, aktiviti rekreasi yang menyeronokkan, dan budaya tempatan yang kaya.

- Kenderaan Sewa Khas Pergi Balik dari Lapangan Terbang Tawau ke Jeti di Pekan Semporna.
- Bot Pergi Balik dari Jeti ke Resort.
- Hidangan Makanan 3 Makan Malam,1 Makan Tengahari dan 2 Sarapan Pagi
- Penginapan Resort Di Atas Air – 2 Malam
- Aktiviti Jelajah Pulau – Island Hopping & Mendaki Bukit.
- Peralatan Snorkeling dan Jaket Keselamatan
- Anda dicadangkan mengambil penerbangan pergi ke Tawau sehari lebih awal dari Aturcara dan bermalam di Pekan Semporna untuk mengelakkan terlepas Bot pergi ke resort yang dijadualkan di waktu pagi. (Penginapan tambahan di Semporna tidak termasuk dalam tawaran Pakej)
- Jadual bot tertakluk kepada keadaan pasang surut air semasa.
- Digalakkan tempah awal untuk mengelakkan resort yang ditawarkan penuh.
- Deposit yang perlu dibayar ketika berdaftar ialah RM500 seorang termasuk kos visa (sekiranya ada). Bayaran hendaklah dibuat terus kepada pejabat, sama ada secara tunai, cek, draf bank, atau pindahan wang terus ke akaun RHB ISLAMIC BANK BERHAD syarikat iaitu 2130 6160 0380 59 (NUN TRAVEL & TOURS SDN BHD.)
- Slip pembayaran hendaklah diserahkan kepada syarikat dan pelanggan perlu mendapatkan resit pembayaran daripada wakil syarikat. Bayaran penuh perlu dijelaskan dalam tempoh 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
- Pelanggan dinasihatkan untuk membuat langganan insurans perjalanan sendiri atau bertanya dengan perunding kami berkaitan insurans. Jika insurans telah dilanggan sendiri oleh pelanggan, sila rujuk polisi insurans oleh syarikat insurans tersebut untuk ketahui perincian perlindungan.
- Kos hospital dan kuarantin sekiranya diperlukan ketika di negara lawatan perlu ditanggung oleh pelanggan.



Harga Bermula :
RM1190 / per pax
Durasi :
3 Hari 2 Malam
Penerbangan :Air Asia @ MAS
HARI | SEKTOR | ETD – ETA |
01 | KUL –TWU (Air Asia) | 0605 – 0905 |
03 | TWU – KUL (MAS) | 1815 – 2105 |
RESORT | 3-6 Peserta | 7 – 10 Peserta | 11 – 15 Peserta | 16 Peserta Ke Atas | STATUS |
2 Malam Lato-Lato Resort (Bilik Kipas Sahaja) | RM1190 | RM1170 | RM1150 | RM1140 | TEMPAHAN DIBUKA |
2 Malam Nusakuya Resort | RM1600 | RM1580 | RM1560 | RM1445 | TEMPAHAN DIBUKA |
2 Malam Singamata Resort | RM1585 | RM1565 | RM1545 | RM1525 | TEMPAHAN DIBUKA |
Diskaun RM100.00 untuk kanak kanak berusia 2 hingga 7 tahun.
DAFTAR TEMPAHAN SEKARANG
Lengkapkan maklumat di bawah, pihak kami akan hubungi anda untuk makluman lanjut.
- Pelanggan perlu menghubungi NUN TRAVEL & TOURS SDN BHD untuk memastikan sekiranya masih ada kekosongan pada tarikh yang dipilih serta mendapat maklumat lengkap mengenai pakej tersebut.
- Harga ditawarkan dalam Ringgit Malaysia dan hanya untuk Warga Malaysia sahaja.
- Program yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan tertakluk kepada suasana cuaca dan persekitaran di darat atau dilaut.
- Sila ambil perhatian, tempahan tertakluk kepada PENGESAHAN yang dikeluarkan oleh pihak resort dan pihak operator.
- Waktu Daftar Masuk Resort ialah jam 1400 dan Waktu Daftar Keluar ialah jam 1100.
- Harga yang ditawarkan tidak terpakai untuk Musim Puncak seperti Cuti Sekolah,Hari Raya Puasa,Tahun Baru Cina atau Krismas di mana terdapat tambahan caj.
- Harga ditentukan setelah pengesahan terakhir diterima.
- Tempahan beserta 50% bayaran deposit mesti dijelaskan sebelum 30 hari,hari bekerja.
- Baki bayaran mesti dijelaskan dalam tempoh 14 hari, hari bekerja sebelum tarikh Ketibaan.
- SIla ambil perhatian, pemulangan wang hanya 50% sahaja dari bayaran deposit sekiranya pembatalan dibuat dalam tempoh 7 hari,hari bekerja sebelum tarikh ketibaan.
- Tiada pemulangan bayaran 100% jika pembatalan dibuat dalam tempoh 48 jam sebelum ketibaan , tidak hadir atau apa apa perkhidmatan yang tidak digunakan
- Peserta bertanggungjawab terhadap risiko keselamatan, kecederaan dan kesihatan serta kehilangan dan kerosakan barangan peribadi sepanjang penginapan, lawatan dan aktiviti
- Pihak syarikat juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian dan kos tambahan yang disebabkan oleh penangguhan jadual, kesakitan, cuaca,atau gangguan yang berpunca dari peserta lain.
- Syarikat berhak menukar perjalanan,jadual,aturcara dan penginapan tertakluk kepada suasana semasa.
- Peserta mesti mematuhi jadual bot dari dan ke jeti atau dari dan ke lokasi lawatan. Kegagalan mematuhi jadual adalah dibawah tanggungjawab dan kos peserta.
- Kanak kanak berusia 8 tahun dan ke atas di kenakan bayaran harga dewasa.
- Kanak kanak usia 2 – 7 tahun dikenakan harga kanak kanak (Bilik Berkongsi dengan ibu bapa tanpa katil tambahan.)
- Kanak kanak / bayi dibawah usia 24 bulan adalah percuma dan WAJIB dibawah pengawasan ibu bapa sepanjang lawatan.
Perlukan Bantuan?
“NUN TRAVEL SENTIASA MENANTI ANDA”
Kami juga akan berikan jadual perjalanan yang lengkap dan cara pembayaran terus kepada anda.