Kembara ke bumi penuh bersejarah, telusuri kisah silam kerajaan Turki Uthmaniah yang penuh ibrah untuk dihayati. Sambil menikmati kecantikan keindahan alam ciptaan tuhan.
Pakej percutian ke Turki menawarkan pengalaman unik bagi mereka yang ingin menikmati gabungan sejarah, budaya, dan keindahan semula jadi. Di Istanbul, pelancong boleh melawat tapak-tapak bersejarah seperti Hagia Sophia, Masjid Biru, dan Istana Topkapi. Bandar ini juga terkenal dengan bazar-bazar tradisionalnya seperti Grand Bazaar dan Spice Bazaar, di mana pelancong boleh membeli barangan tempatan dan menikmati suasana pasar yang meriah.
Di Cappadocia, pelancong akan terpesona dengan pemandangan landskap batuan unik dan rumah-rumah gua purba. Aktiviti menaiki belon udara panas adalah satu kemestian, memberikan peluang untuk menyaksikan pemandangan yang menakjubkan dari ketinggian. Di sini juga, pelancong boleh melawat tapak-tapak bersejarah seperti kota bawah tanah dan muzium terbuka Goreme yang penuh dengan lukisan dinding kuno.
Selain itu, pelancong boleh menikmati keindahan pantai dan laut di Antalya. Kota ini menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi seperti berenang, bersnorkeling, dan menikmati keindahan pantai-pantai yang bersih dan indah. Pelancong juga boleh melawat tapak-tapak arkeologi seperti kota purba Aspendos dan Perge. Pakej percutian ke Turki ini menjanjikan pengalaman yang kaya dengan sejarah, keindahan alam, dan kebudayaan yang mempesona.
HARI | ATURCARA | CATATAN |
| Hari Pertama |
| |
| Hari Kedua |
| |
| Hari Ketiga |
| |
| Hari Keempat |
| |
| Hari Kelima |
| |
| Hari Keenam |
|
|
| Hari Ketujuh |
| |
| Hari Kelapan |
| |
| Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh |
|
|
- Tiket kapal Terbang Pergi Balik – Oman Airlines
- Bagasi Kargo Percuma Pergi Balik 30 kg
- Hotel 4 Bintang Bolu – 1 Malam
- Hotel 5 Bintang Cappadocia – 2 Malam
- Hotel 4 Bintang Pamukkale – 1 Malam
- Hotel 4 Bintang Bursa – 1 Malam
- Hotel 4 Bintang Istanbul – 2 Malam
- Menyusuri Selat Bosphorus
- Tiket Masuk Ke Istana Topkapi
- Lawatan sebagaimana di dalam Aturcara.
- Hidangan Makanan (Halal) sebagaimana Aturcara.
- Pemandu Pelancong – Berbahasa Inggeris/I Berbahasa Indonesia.
- Ketua Rombongan dari KLIA
- Tip Pemandu Pelancong.
- Pengangkutan Sepanjang Lawatan
- 500ml Air Minuman setiap hari.
- Bas yang dilengkapi kemudahan Wifi Internet.
- Tiket masuk ke tempat lawatan sebagaimana dalam Aturcara.
- Insuran Berkelompok – Takaful Kembara
- Cenderahati Kembara NUN TRAVEL
- Hidangan Makanan Tambahan.
- Bayaran Masuk ke Istana Topkapi USD50
- Visa (Jika berkenaan)
- Lawatan Tambahan Pilihan
- Perbelanjaan peribadi.
- Cukai Kerajaan.
- Tambahan RM300.00 untuk Pakej pada Musim Cuti Sekolah atau Musim Panas di Turki.
- Apa apa kos yang tidak dinyatakan dalam tawaran pakej
- Insuran Tambahan RM40 untuk Warga Emas berusia 60 tahun dan ke atas.
- Deposit yang perlu dibayar ketika berdaftar ialah RM1000 seorang termasuk kos visa (sekiranya ada). Bayaran hendaklah dibuat terus kepada pejabat, sama ada secara tunai, cek, draf bank, atau pindahan wang terus ke akaun RHB ISLAMIC BANK BERHAD syarikat iaitu 2130 6160 0380 59 (NUN TRAVEL & TOURS SDN BHD.)
- Slip pembayaran hendaklah diserahkan kepada syarikat dan pelanggan perlu mendapatkan resit pembayaran daripada wakil syarikat. Bayaran penuh perlu dijelaskan dalam tempoh 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
- Pelanggan dinasihatkan untuk membuat langganan insurans perjalanan sendiri atau bertanya dengan perunding kami berkaitan insurans. Jika insurans telah dilanggan sendiri oleh pelanggan, sila rujuk polisi insurans oleh syarikat insurans tersebut untuk ketahui perincian perlindungan.
- Kos hospital dan kuarantin sekiranya diperlukan ketika di negara lawatan perlu ditanggung oleh pelanggan.

Harga Bermula :
RM5550 / per pax
Durasi :
10 Hari 8 Malam
Penerbangan :
Oman Airlines
DAFTAR TEMPAHAN SEKARANG
Lengkapkan maklumat di bawah, pihak kami akan hubungi anda untuk makluman lanjut.
- Pelanggan perlu menghubungi NUN TRAVEL & TOURS SDN BHD untuk memastikan sekiranya masih ada kekosongan pada tarikh yang dipilih serta mendapat maklumat lengkap mengenai pakej tersebut.
- Semasa berdaftar, pelanggan perlu menetapkan jenis bilik yang dikehendaki (Quad/Triple/Double) bergantung kepada ketersediaan pakej yang dipilih. Sekiranya menempah bilik berempat (Quad), pelanggan mesti mendatangkan empat orang atau menunggu pelanggan lain untuk menumpang sekiranya ada. Sekiranya tidak, pelanggan akan dicaj mengikut kekosongan jenis bilik yang sedia ada.
- Setiap tempahan perlu disertakan dengan wang deposit sebanyak RM1,000 seorang termasuk kos visa (sekiranya ada). Bayaran penuh perlu dijelaskan selewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan bagi mengelakkan pembatalan tiket.
- Pembayaran boleh dibuat menggunakan wang tunai/perbankan atas talian/cek/draft bank di atas nama NUN TRAVEL & TOURS SDN BHD melalui no. akaun Bank RHB ISLAMIC BANK BERHAD : 21306160038059.
- Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran hendaklah diserahkan kepada pihak syarikat.
- Aturcara perjalanan yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan SOP dari negara lawatan dari masa ke semasa.
- Pihak pengurusan syarikat berhak untuk menolak, mengubah, meminda, memadam atau menambah terma & syarat yang dinyatakan untuk menarik balik promosi pada bila bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
- Pihak syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung kerugian apa-apa perbelanjaan atau bayaran balik pakej yang dilanggan sekiranya pelanggan tidak dibenarkan keluar dan masuk negara oleh pihak imigresen kerana melanggari undang-undang Malaysia atau negara lawatan.
- Harga yang ditunjukkan adalah harga pada masa penerbitan. Harga tertakluk kepada perubahan yang disebabkan oleh kenaikan pada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos hotel, kadar pertukaran matawang asing, cukai kerajaan negara lawatan dan Malaysia. Pihak syarikat berhak menaikkan harga pakej berdasarkan kenaikan harga kos semasa melalui notis makluman.
- Sekiranya terdapat perubahan tarikh dan masa oleh syarikat penerbangan atau perubahan situasi semasa keadaan di negara lawatan yang memerlukan kepada tambahan penginapan, pengangkutan dan jadual program. Pengiraan alternatif kos tambahan akan dilaksanakan dan pihak syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas kos tersebut.
Perlukan Bantuan?
“NUN TRAVEL SENTIASA MENANTI ANDA”
Kami juga akan berikan jadual perjalanan yang lengkap dan cara pembayaran terus kepada anda.



