Pakej Cairo (MESIR) Luxor Aswan

Jangan lepaskan peluang mengembara ke Cairo bersama Nun Travel. Kita telusuri sejarah purba kala sambil mensyukuri nikmat tuhan.

Pakej percutian ke Mesir yang merangkumi Luxor dan Aswan menawarkan pengalaman yang memukau bagi pencinta sejarah. Di Luxor, pelancong boleh melawat tapak arkeologi seperti Kuil Karnak dan Lembah Raja-raja, menyaksikan keajaiban seni bina purba dan warisan tamadun Mesir kuno.

Aswan pula menawarkan suasana tenang dengan pemandangan indah di sekitar Sungai Nil. Pelancong boleh melawat Empangan Aswan dan Kuil Philae, serta menikmati pelayaran tradisional menaiki felucca. Keindahan semula jadi dan sejarah yang kaya menjadikan Aswan destinasi yang menarik.

Selain itu, pelancong akan menikmati hospitaliti Mesir dengan penginapan mewah dan makanan tradisional yang lazat. Berbelanja di bazar tradisional memberikan peluang membeli cenderamata unik. Pakej ini menawarkan kombinasi sempurna antara sejarah, alam semula jadi, dan budaya Mesir.

TARIKH & HARI

ATURCARA

CATATAN

Hari Pertama dan Kedua

  • Sambutan dan Taklimat di KLIA.
  • Pesawat berlepas dari KLIA menuju ke Kaherah.
  • Transit di Cairo International Airport dan seterusnya terbang ke Luxor.
  • Disambut oleh Panel NUN TRAVEL di Airport Luxor.
  • Makan tengahari di restoran tempatan di Bandar Luxor.
  • Daftar Masuk Hotel dan rehat setelah melalui perjalanan jauh dari Malaysia.
  • Melawat Kuil Luxor dan bersiar-siar sekitar Bandar Luxor sebelum menaiki Bot untuk menyusur Sungai Nile dan makan malam.
  • Bermalam di
  • Acara Bebas.

 

Hari Ketiga
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Daftar Keluar Hotel dan meneruskan lawatan ke sebelah Tebing Barat Luxor.
  • Melawat Lembah Raja – Raja dan Kuil
  • Makan tengahari di restoran tempatan.
  • Melawat Kuil Karnak di sebelah tebing timur Sungai Nil.
  • Meneruskan perjalanan ke Bandar
  • Bermalam di
  • Acara Bebas..
 
Hari Keempat
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Mengembara 280km menuju ke Kuil Abu Simbel.
  • Melawat Empangan Tasik Abdul Nasir,Aswan.
  • Bersiar siar Bandar Aswan dan membeli belah di Kedai Barangan Antik,Cenderahati tempatan.
  • Menikmati keindahan pemandangan Sungai Nil di waktu senja sebelum makan malam di restoran tempatan.
  • Bermalam di
  • Acara Bebas.
 
Hari Kelima
  • Check Out Hotel di awal pagi untuk dihantar ke Lapangan Terbang Aswan untuk penerbangan ke Kaherah.
  • Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, menuju ke Kompleks Penginapan Pelajar di Hayyu ‘Asyir,Nasr City dan sarapan pagi.
  • Melawat Kubu Sultan Solahuddin Al Ayyubi, Masjid Sultan Hassan  , Kubu Sultan Qalawun, Masjid Al Azhar & Al Hussein  dan membeli belah di Bazar Khan Al Khalili.
  • Makan Tengahari dan Makan Malam di restoran tempatan.
  • Daftar Masuk Hotel dan bermalam di KAHERAH.
  • Acara Bebas
 
Hari Keenam
  • Sarapan pagi.
  • Melawat Monumen Ajaib Dunia iaitu Piramid Giza dan Sphinx dan singgah ke Kedai Minyak Wangi tempatan.
  • Makan Tengahari dan Makan Malam di restoran tempatan.
  • Melawat Egyptian Antique Museum di Medan tahrir.
  • Melawat Maqam Imam Shafei dan Masjid Amru Al As.
  • Bermalam di
  • Acara Bebas.
 
Hari Ketujuh
  • Sarapan Pagi di hotel.
  • Acara Bebas.
  • Hantar ke Lapangan Terbang.
  • Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

 

 

Hari Kelapan

  • Tiba di KLIA.
  • Lawatan berakhir.

 

  1. Tiket Kapal Terbang Antarabangsa Pergi-Balik
  2. Tiket Kapal Terbang Kaherah-Luxor-Aswan-Kaherah
  3. Had Bagasi Kargo Kapal Terbang 20 kg
  4. Hotel 3 Bintang Luxor – 1 Malam
    Hotel 3 Bintang Aswan – 2 Malam
    Hotel 3 Bintang Kaherah – 2 Malam
  5. Menyusuri Sungai Nil
  6. Lawatan Sebagaimana Aturcara
  7. Penyediaan Makanan Sebagaimana Aturcara
  8. Pemandu Pelancong Berbahasa Inggeris dan Pengiring Berbahasa Malaysia.
  9. Ketua Rombongan Mengiringi Dari Kuala Lumpur
  10. Tip dan Baksis,
  11. Kenderaan Sepanjang Lawatan.
  12. 500ml Air Minuman Setiap Hari Sepanjang Lawatan.
  13. Tiket Masuk Ke Tempat Lawatan.
  14. Insuran Berkelompok – Takaful Kembara
  15. Cenderahati Kembara NUN TRAVEL
  1. Hidangan Makanan Tambahan yang tidak termasuk dalam Aturcara.
  2. Visa (Jika Perlu)
  3. Lawatan Tambahan.
  4. Sebarang Perbelanjaan Peribadi.
  5. Cukai Kerajaan.
  6. Sebarang kos yang tidak dinyatakan di dalam Aturcara.
  7. Insuran Tambahan RM40 kepada peserta berusia lebih 60 tahun.
  8. Kos Tambahan Group Travel kurang dari 30 peserta.
  9. Tambahan Caj Kenaikan Harga sempena Musim Cuti Sekolah sebanyak RM 250.00 Seorang.
  1. Deposit yang perlu dibayar ketika berdaftar ialah RM1000 seorang termasuk kos visa (sekiranya ada). Bayaran hendaklah dibuat terus kepada pejabat, sama ada secara tunai, cek, draf bank, atau pindahan wang terus ke akaun RHB ISLAMIC BANK BERHAD syarikat iaitu 2130 6160 0380 59 (NUN TRAVEL & TOURS SDN BHD.)
  2. Slip pembayaran hendaklah diserahkan kepada syarikat dan pelanggan perlu mendapatkan resit pembayaran daripada wakil syarikat. Bayaran penuh perlu dijelaskan dalam tempoh 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
  1. Pelanggan dinasihatkan untuk membuat langganan insurans perjalanan sendiri atau bertanya dengan perunding kami berkaitan insurans. Jika insurans telah dilanggan sendiri oleh pelanggan, sila rujuk polisi insurans oleh syarikat insurans tersebut untuk ketahui perincian perlindungan.
  2. Kos hospital dan kuarantin sekiranya diperlukan ketika di negara lawatan perlu ditanggung oleh pelanggan.
 
 

DAFTAR TEMPAHAN SEKARANG

Lengkapkan maklumat di bawah, pihak kami akan hubungi anda untuk makluman lanjut.

Pilih kuantiti : 0 orang
Pilih kuantiti : 0 orang
Pilih kuantiti : 0 orang

Perlukan Bantuan?

“NUN TRAVEL SENTIASA MENANTI ANDA”

WhatsApp kami untuk sebarang pertanyaan berkaitan pakej yang ditawarkan.
Kami juga akan berikan jadual perjalanan yang lengkap dan cara pembayaran terus kepada anda.

Alamat

NUN TRAVEL & TOURS SDN BHD
NO. 41092 (2A), PERKEDAIAN TEPOH, JALAN KELANTAN-TERENGGANU,
KUALA NERUS, TERENGGANU, 21060

MOTAC : KPL.11402
SSM : 1423701-V

Ikuti Kami Di Sosial Media

Scroll to Top