Pakej AJWA

Dari saat anda meninggalkan rumah hingga anda pulang dengan selamat, kami telah merancang setiap aspek perjalanan anda dengan teliti. Kami menyediakan aturcara umrah yang lengkap termasuk pengurusan visa, pengangkutan di Tanah Suci, makanan halal dan nutrisi yang seimbang, serta aktiviti rohani yang akan memperkaya pengalaman anda. Bersama Nun Travel and Tours, anda hanya perlu fokus pada ibadah dan penghayatan rohani.

Nun Travel and Tours mengajak anda merasai pengalaman Umrah yang tak ternilai – Kami di Nun Travel and Tours memahami bahawa menunaikan umrah merupakan impian setiap umat Islam yang ingin mendekatkan diri kepada Pencipta. Dengan itu, kami dengan bangganya mempersembahkan Pakej Umrah yang bukan sahaja berbaloi tetapi juga memenuhi semua keperluan anda dari segi keselesaan dan keperluan rohani.

Nikmati keselesaan hotel bertaraf antarabangsa dan penerbangan terbaik. Bayangkan beristirahat dalam keselesaan bilik hotel yang mewah dan menaiki penerbangan terbaik dengan layanan istimewa.

Di Nun Travel and Tours, kami berkolaborasi dengan hotel-hotel terkemuka dan syarikat penerbangan terpilih untuk memastikan perjalanan anda ke Baitullah adalah nyaman dan menyenangkan.

Anda akan ditempatkan di hotel yang bukan sahaja berdekatan dengan lokasi ibadah tetapi juga menawarkan fasiliti yang canggih untuk memastikan pengalaman menginap anda tidak dilupakan,

Pengalaman rohani bersama mutawif yang berpengalaman – Para mutawif kami yang berpengalaman dan penuh dedikasi siap untuk membimbing anda sepanjang setiap langkah, menjawab soalan-soalan anda, dan menyediakan bimbingan rohani untuk memastikan setiap detik anda di Tanah Suci penuh makna dan nilai.

Ziarah Madinah

  • Makam Rasulullah SAW dan perkarangan Masjid
    Nabawi bersebelahan perkuburan Baqi’
  • Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah s.a.w (Masjid Quba)
  • Bukit Uhud
  • Masjid yang mempunyai 2 kiblat (Masjid Qiblatain)
  • Ladang Kurma

Ziarah Makkah

  • Jabal Thur
  • Padang Arafah
  • Jabal Rahmah

📌 MADINAH FULLBOARD ( 3X MAKAN – BREAKFAST , LUNCH , DINNER )
📌 MEKAH FULLBOARD ( 3X MAKAN – BREAKFAST , LUNCH , DINNER )
📌TERMASUK CENDERAMATA

  • 2 Bagasi
  • Sling bag
  • Ihram (Lelaki)
  • Telekung (Perempuan)
  • Uncang Kasut
  • Buku Panduan Umrah
  • Tag Bagasi
  • Tag Nama


HARI


DESTINASI


ATURCARA PAKEJ

Hari 1

KUALA LUMPUR/JEDDAH
(Taif 1)

Berkumpul  di  KLIA 3 jam sebelum masa berlepas, dan kemudiannya terbang ke Jeddah dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines. Setiba di Lapangan Terbang King Abdul Aziz,Kemudian meneruskan perjalanan ke Taif. Melawat Masjid Ibnu Abbas, dan Pasar Buah Buahan sebelum ke hotel untuk bermalam.


Hari 2



TAIF /MEKAH
(Mek 1)

Selepas sarapan, melawat ke Muzeum Al Sharif, Ladang / Kilang Rose seterusnya ke Masjid Adass.  Meneruskan perjalanan ke Mekah dan berniat Umrah di Miqat Qarnul Manazali.

Tiba di Mekah, terus ke tempat penginapan dan dibimbing menyelesaikan Umrah 1.

Hari 3

MEKAH
(Mek 2)

Acara bebas. Beribadah bersendirian atau dibantu oleh Mutawwif.

Hari 4

MEKAH
(Mek 3)

Program Ziarah ke sekitar lokasi mengerjakan ibadat Haji iaitu ke Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina sebelum ke Miqat Jaaranah untuk berniat Umrah. Jemaah turut berkesempatan melawat Bukit Jabal Thur, Jabal Rahmah dan Jabal Nur.    Kembali ke masjidil Haram untuk menyempurnakan Umrah ke 2.

Hari 5

MEKAH(Mek 4)

Program Ziarah ke Hudaibiyah dan berniat Umrah. Kembali ke Masjidi Haram untuk menyempurnakan  Umrah  ke 3.

Hari 6

MEKAH(Mek 5)

Acara bebas.  Beribadah sendirian atau dibantu oleh Mutawwif.

Taklimat Khas /Tausiyah tentang keberangkatan ke Madinah.

Hari 7

MEKAH
(Med 1)

Acara Bebas sebelum mengerjakan Tawaf Wida’. Seterusnya berangkat ke Madinah Al Munawwarah dengan bas.

Pilihan ke Madinah dengan keretapi High Speed Train dengan bayaran tambahan SR 300 seorang Kelas Ekonomi..

Setiba di Madinah terus ke hotel penginapan dan di bimbing ke Masjid Nabawi.

Hari 8


MEKAH / MADINAH
(Med 2)

Ziarahi Sirah ke Raudhah dan Maqam Nabi  Rasulullah S.A.W di dalam Masjid Nabawi dan ke Perkuburan Baqi’.

Hari 9

MADINAH
(Med 3)

Program ziarah ke sekitar lokasi bersejarah  di Bandar Madinah  seperti ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan akhir sekali di Ladang Tamar atau Pasar Tamar.

Hari 10

MADINAH
(Med 4)


Acara bebas. Beribadah sendirian atau dibantu oleh Mutawwif

Hari 11

MADINAH
KUALA LUMPUR

Acara bebas. Beribadah sendirian atau dibantu oleh Mutawwif. .Ziarah selamat tinggal ke Maqam Rasulullah SAW sebelum Daftar Keluar hotel. Seterusnya jemaah dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah Al Munawwarah untuk penerbangan pulang.  Ke Malaysia.

Hari 12

KLIA

Tiba di KLIA. Sambungan penerbangan Domestik jika berkenaan.

NOTA: Aturcara dan jadual tertakluk kepada perubahan semasa tanpa notis.

  1. Tiket Penerbangan pergi balik kelas ekonomi dari KLIA.
  2. Penginapan sebagaimana dinyatakan dalam Aturcara.
  3. Hidangan Makanan 3 kali sehari sebagaimana tawaran Pakej.*
  4. Visa Umrah /Visa pelancong berserta Insuran-tertakluk kepada Saiz Group
  5. Set Cenderahati Umrah – Bagasi, Ihram/Telekung ,Buku Panduan Umrah,Uncang Kasut,Tag Bagasi dan Tag Nama
  6. Mutawwif Pengiring dari Malaysia.
    Bagasi Kargo Kapal terbang 30 Kilogram pergi dan balik.
  7. Pengangkutan sebagaimana dalam aturcara.
  8. Kelas Bimbingan Umrah di Malaysia secara bersemuka / Online
  9. Lawatan di Mekah,Madinah dan Taif sebagaimana dalam Aturcara.
  10. Tambahan RM150 seorang dari Sabah/Sarawak
    Tambahan RM300 sehari jika penerbangan lebih dari jadual asal Pakej.
  11. Diskaun RM500 bagi visa yang masih sah dan tertakluk kepada kelulusan Kementerian Haji Arab Saudi
  1. Penggunaan Peribadi seperti Porter , telefon bilik, dobi dan sebagainya.
  2. Lawatan, aktiviti,perkhidmatan dan makanan tambahan yang tiada dalam aturcara.
  3. Keretapi Berkelajuan Tinggi (High Speed Train) – Tambahan SR 300 seorang Kelas Ekonomi.
  4. Bencana dan peristiwa Luar Jangka seperti gangguan cuaca, rusuhan, peperangan ,wabak penyakit dan sebagainya.
  5. Sebarang perubahan harga semasa yang disebabkan oleh Nilai Tukaran Wang Asing dan Caj VAT.
  1. Deposit yang perlu dibayar ketika berdaftar ialah RM1000 seorang termasuk kos visa (sekiranya ada). Bayaran hendaklah dibuat terus kepada pejabat, sama ada secara tunai, cek, draf bank, atau pindahan wang terus ke akaun RHB ISLAMIC BANK BERHAD syarikat iaitu 2130 6160 0380 59 (NUN TRAVEL & TOURS SDN BHD.)
  2. Slip pembayaran hendaklah diserahkan kepada syarikat dan pelanggan perlu mendapatkan resit pembayaran daripada wakil syarikat. Bayaran penuh perlu dijelaskan dalam tempoh 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
  1. Pelanggan dinasihatkan untuk membuat langganan insurans perjalanan sendiri atau bertanya dengan perunding kami berkaitan insurans. Jika insurans telah dilanggan sendiri oleh pelanggan, sila rujuk polisi insurans oleh syarikat insurans tersebut untuk ketahui perincian perlindungan.
  2. Kos hospital dan kuarantin sekiranya diperlukan ketika di negara lawatan perlu ditanggung oleh pelanggan.

DAFTAR TEMPAHAN SEKARANG

Lengkapkan maklumat di bawah, pihak kami akan hubungi anda untuk makluman lanjut.

Pilih kuantiti : 0 orang
Pilih kuantiti : 0 orang
Pilih kuantiti : 0 orang

Perlukan Bantuan?

“NUN TRAVEL SENTIASA MENANTI ANDA”

WhatsApp kami untuk sebarang pertanyaan berkaitan pakej yang ditawarkan.
Kami juga akan berikan jadual perjalanan yang lengkap dan cara pembayaran terus kepada anda.

Alamat

NUN TRAVEL & TOURS SDN BHD
NO. 41092 (2A), PERKEDAIAN TEPOH, JALAN KELANTAN-TERENGGANU,
KUALA NERUS, TERENGGANU, 21060

MOTAC : KPL.11402
SSM : 1423701-V

Ikuti Kami Di Sosial Media

Scroll to Top